KOLMAR BNH MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN PASARAN EROPAH DENGAN HEMOHIM G YANG DIPACU TEKNOLOGI

 

HemoHIM G, dikilangkan oleh Kolmar BNH dan diedarkan oleh Atomy (Foto: Kolmar BNH)

SEOUL, Korea Selatan, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kolmar BNH (KRX: 200130), firma Pembuatan Pembangunan Asal (ODM) makanan fungsian kesihatan Korea yang terkemuka, mempercepat usaha pengembangan syarikat ke pasaran Asia Tenggara dan Eropah dengan HemoHIM G, produk yang direka bentuk untuk arena global.

HemoHIM G (Global) ialah versi antarabangsa 'HemoHIM', makanan tambahan kesihatan meningkatkan imun pertama diluluskan secara individu di Korea yang dibangunkan oleh Kolmar BNH dalam tempoh lapan tahun. Formulasi produk ini telah disesuaikan bagi mematuhi peraturan makanan pelbagai negara, dengan pelarasan dibuat kepada bahan mentah dan nisbah ramuan. Produk tersebut menampilkan angelika sinensis, ligustikum chuanxiong, paeonia laktiflora, kesemuanya dipilih melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Rasa dan aroma yang dipertingkat juga menjadikan HemoHIM G lebih menarik kepada khalayak yang lebih luas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18363

Comments